tag:blogger.com,1999:blog-705593146236622453.post8994315412961666049..comments2023-05-28T18:27:23.521+08:00Comments on Black 40: Mungkin Kah Choon Bermain Sandiwara?Black-40http://www.blogger.com/profile/18008791122794468612noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-705593146236622453.post-11494537970199596412008-04-24T07:46:00.000+08:002008-04-24T07:46:00.000+08:00Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Dat...Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu ekoran keputusannya menerima dua jawatan utama dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan invest-Penang Berhad.

Kah Choon dalam satu kenyataan berkata, beliau menyerahkan surat penarikan diri daripada menjadi ahli Gerakan kerana keputusannya menyertai PDC dan invest-Penang yang kini terletak di bawah kerajaan negeri DAP-PKR tidak diterima oleh pucuk pimpinan Gerakan.

Dengan keluar parti, katanya, beliau boleh memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Kritikan terhadap kemampuan saya untuk menjawat dua jawatan ini adalah tidak benar kerana rekod perkhidmatan saya sebelum ini telah membuktikan sebaliknya,” kata beliau.

Kah Choon berkata demikian sebagai mengulas tindakan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Gerakan yang mahu beliau memberi sebab kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya kerana menerima dua jawatan itu.

Tindakan beliau menerima tawaran kerajaan pakatan DAP dan PKR di Pulau Pinang melanggar prinsip dan arahan parti, kata pucuk pimpinan Gerakan. Kontroversi itu turut mendapat reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkannya sebagai bertentangan dengan semangat BN.Black-40https://www.blogger.com/profile/18008791122794468612noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-705593146236622453.post-63482919630865654822008-04-23T12:36:00.000+08:002008-04-23T12:36:00.000+08:00“Kerja saya dalam InvestPenang tidak ada kaitan de...“Kerja saya dalam InvestPenang tidak ada kaitan dengan politik dan tak semestinya saya dalam InvestPenang saya kena berundur daripada parti.”

ayat tu beri impak yang besar...anwarjauharihttps://www.blogger.com/profile/05927765689467859668noreply@blogger.com