Thursday, October 30, 2008

SESI BICARA MELAYU- Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 dan Kontrak Sosial

Dengan segala hormat dan takzim YB/Dato/Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri SESI BICARA MELAYU- Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 dan Kontrak Sosial anjuran ALUMNI Kelab UMNO Luar Negara bersama MANTAP, KERIS, YRS, ALMA dan sahabat-sahabat. Berikut adalah butiran program:

Tarikh : 31 Oktober 2008

Masa : 8.00 malam

Tempat : Dewan Bestari, Tingkat 2, Universiti KL, Jalan Sultan Ismail, KL



Kehadiran sahabat-sahabat amatlah dialu-alukan.

Sunday, October 26, 2008

MENGEMBALIKAN ROH PERJUANGAN UMNO

Oleh : Sahabat-Gunung
www.sahabatgunung9506.blogspot.com

Pada hari ini, parti dan bangsa kita, untuk sekalian kalinya sedang mengharungi arus dan gelombang perubahan yang telah menimbulkan berbagai-bagai ramalan dan spekulasi. Ada orang meramalkan, di dalam dan di luar negara, kononya cabaran-cabaran yang kita hadapi sekarang akan menyebabkan yang retak menjadi belah dan yang genting akan putus. Sebagai jawapan terhadap ramalan dan spekulasi itu, biarlah dengan lantang kita tegaskan di sini, bahawa kita tidak rela melihat parti kita berpecah-belah, kita tidak akan membiarkan yang retak menjadi pecah dan kita tidak akan membiarkan yang genting menjadi putus.

Sebaliknya, dengan semangat carik-carik bulu ayam dan biduk berlalu kiambang bertaut, kita akan mengembalikan perpaduan dan keutuhan parti kita, UMNO. Dan serentak dengan itu, kita akan membuktikan bahawa ramalan-ramalan dan spekulasi negatif tidak akan berlaku. Dengan semangat dan harapan sedemikian itulah maka selagi nyawa dikandung badan, selagi darah terus mengalir, hidup dan mati kita adalah perjuangan atas nama UMNO. Perjuangan kita adalah untuk agama, bangsa dan negara yang tercinta. Ini selaras dengan konsep pengabdian diri seorang hamba kepada Allah Yang Maha Kaya. Ingatlah, perjuangan kita adalah total dan menyeluruh.

Kita berjuang untuk menjamin ketuanan Melayu kekal di tanahair yang merdeka. Kita berjuang untuk memastikan bangsa Melayu terus dihormati dan terus disegani di serata dunia. Dan kita berjuang untuk memastikan bangsa Melayu, tidak akan malu mengakui dirinya Melayu, di bumi tumpah darah tercinta ini. Kepada diri kita masing-masing, marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita bahawa kita tidak ada pilihan lain kecuali mengembalikan dan meningkatkan perpaduan demi kemantapan politik dan keutuhan kuasa bangsa Melayu.

Sedarlah...sedarlah...sedarlah, bahawa maju-mundur, kaya miskin dan hina-mulianya bangsa itu terletak di tangan kita sendiri. Jika kita masih tak sedar diri lagi, kita akan dipijak, kita akan ditindas... lihatlah apa yang berlaku pada adik-adik kita di UiTM, lihatlah apa akan jadi setelah kuasa Melayu diganggu-gugat. Hak dan kepentingan kita juga mahu dirampas, kuota di UiTM mahu dirobak-robek, mahu dibuka kepada bukan Bumiputera semata-mata mahu menjaga hati dan perasaan bangsa lain, yang telah memberikan kuasa kepada mereka yang sangat dahagakan kuasa dan pangkat. Apa akan jadi, kepada anak cucu kita di kemudian hari, kalau hari ni baru menang beberapa negeri pun, tempat di mana anak-anak bangsa kita menuntut pun hendak dipergadaikan, apa akan jadi jika kita terus alpa dan lalai mempertahankan maruah dan hak bangsa kita.

Jangan sampai satu hari nanti.... `Itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan’. Watak-watak Melayu dipersendakan dengan Pak Kadok, Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai dan Mat Jenin. Lalu bangsa Melayu akan menjadi terlalu merendah diri dan hilang keyakinan diri. Sebahagian besar bangsa Melayu akan mengalah dan menerima hukum alam bahawa rezeki secupak tidak mungkin jadi segantang. Bangsa Melayu akan dicemuh sebagai melukut di tepi gantang yang kehadirannya tidak membawa erti. Bangsa Melayu akan digambarkan berdiri tidak sama tinggi, memiliki kail sejengkal yang tidak upaaya mengduga lautan dalam. Negaranya kaya namun hasilnya di kaut orang.

”Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang .....”

Dengan terbuktinya ramalan-ramalan negatif itu tidak berlaku dan dengan kesedaran perjuangan bangsa tidak akan kita gadaikan, marilah kita bersama-sama menyalakan terus obor cita-cita dan perjuangan serta mengibarkan panji-panji kemenangan. Kepada seluruh bangsa Melayu, marilah kita ingatkan kembali bahawa UMNO adalah dahan teguh tempat berpaut, tanah pejal tempat berpijak. UMNO telah melaksanakan tanggungjawab sejarahnya kepada bangsa Melayu. UMNO akan mara dan terus mara menjunjung dan menatang kedaulatan dan maruah bangsa. UMNO akan mara dan terus mara menjunjung dan menatang keluhuran dan kesucian agama Islam. UMNO akan mara dan terus mara menyalakan terus obor cita-cita dan perjuangan serta mengibarkan panji-panji kemenangan.

Siramilah perjuangan UMNO dengan nilai dan makna yang dapat menyentuh nadi dan hati generasi anak-anak muda di semua peringkat. Perlengkapkanlah diri kita hingga sampai menjadi pemimpin contoh di kalangan generasi muda. Bersuaralah dengan tegas dan berani untuk menjadi juru bicara kepada aspirasi rakyat. Golongan muda dalam UMNO perlu dibimbing dan diasuh dengan akidah, moral, sahsiah, keperibadian, pengetahuan dan kemahiran mereka hingga sampai ke tahap menjadi wira dan srikandi negara, sebagai barisan pelapis negara berwibawa dan unggul untuk meneruskan wawasan dan wadah perjuangan bangsa.

Buktikanlah kesungguhan dan komitmen kepada parti, agama, bangsa dan negara walaupun kita tidak diberikan jawatan di dalam parti mahupun kerajaan. Jika kuat, bantulah yang lemah. Jika kaya, bantulah yang miskin. Jika berilmu, didiklah mereka yang masih cetek pengetahuan. Jika alim, bimbinglah yang jahil. Masa dan ketika untuk kita mengambil alih pimpinan parti di peringkat mana sekalipun, masanya akan sampai. Tidak ada yang kekal di dunia ini. Berpandulah kepada budaya bangsa, naik berjinjang, turun bertangga. Usah dijolok buah di pohon, bila masak gugurlah sendiri.

Wednesday, October 8, 2008

PEMUDA GERAKAN CADANG TUBUHKAN SEKRETARIAT BN

Pemuda GERAKAN mencadangkan untuk penubuhan Sekretariat BN bagi rakyat boleh terus menyertai BN tanpa menyertai mana-mana parti komponen BN. AJK Tertinggi Pemuda GERAKAN, Steven Doss berkata cadangan berkenaan selari dengan aspirasi banyak pihak untuk menjadikan BN sebagai parti berbilang kaum.

Pemuda GERAKAN juga berkata sudah sampai masanya BN mengadakan satu Perhimpunan Agungnya sendiri. Setiap parti komponen menghantar 50 orang wakil ke Perhimpunan Agung BN. Pada masa ini Perhimpunan Agung hanya diadakan di peringkat parti-parti komponen.

Tuesday, October 7, 2008

NAIB PRESIDEN- Siapa Pilihan Perwakilan?

Siapakah Naib Presiden pilihan perwakilan, Mac nie. Jika sebelum ini, betapa ramainya calon yang telah menyatakan hasrat untuk bertanding, kini mungkin nama-nama seperti Dato’ Zahid Hamidi, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Dato’ Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bolehlah dikeluarkan sekejap dari senarai calon Naib Presiden UMNO.

Tinjauan rambang dan hasil perbualan di kedai-kedai kopi bertaraf `lima bintang’ – (Starbuck, Coffee Bean dan Riverside PWTC) – ramai yang mahukan pemilihan Naib Presiden kali ini, hasil penilaian ahli-ahli dengan penuh kematangan berdasarkan beberapa faktor yang dialami oleh UMNO pada hari ini.

Ada pendapat mengatakan, pemilihan Mac ini, ahli-ahli UMNO terutamanya perwakilan akan mengambil kira personaliti dan ketokohan calon-calon. Apatah lagi UMNO hari ini sedang berada di persimpangan untuk benar-benar melahirkan tokoh-tokoh yang berwibawa dan dapat meneruskan kepimpinan UMNO di alaf baru, di hari mendung menanti hujan buat UMNO dan Barisan Nasional.

”UMNO memerlukan tokoh-tokoh yang mampu menyuarakan hasrat dan citarasa ahli-ahli yang baru. UMNO tidak memerlukan pemimpin yang yes man, yes bos. Berdasarkan faktor-faktor ini, pemilihan kali ini akan berpegang pada siapa yang benar-benar dianggap tokoh yang berwibawa dan tulen semangatnya dalam UMNO”- pandangan seorang sahabat yang sudah lama memerhatikan gelagat UMNO tetapi baru memohon menjadi ahli selepas PRU 12 yang lalu.

Hakikatnya, dalam arus politik sekarang, UMNO perlu barisan kepimpinan yang matang, bersih, berwibawa, berketrampilan dan berani bersuara bagi mengembalikan semangat perjuangan dan memantapkan barisan kepimpinan UMNO.

Siapakah yang memenuhi ciri-ciri itu?....

Monday, October 6, 2008

Anwar berjaya....

Apa citer Anwar Ibrahim. Lama dia menyepi selepas gagal menyempurnakan impiannya, 16 September lalu. Tapi hakikatnya Anwar tak gagal, malah telah memperolehi kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaannya.

Kenapa? Tak percaya ke?

Wednesday, September 24, 2008

JANGAN GADAI UNDI- Tun M

Tun Mahathir menasihatkan rakyat supaya tidak 'menjual' undi masing-masing tidak kira sama ada dalam pemilihan parti yang mereka sertai atau pada pilihan raya kecil serta umum. Setiap undi itu tidak ternilai harganya dan hanya pemimpin yang berhak sahaja layak menerimanya.

"Kita harus ingat kalau kita jual undi, percayalah suatu hari nanti orang asing akan menjajah kita semula. Kita akan hilang kuasa untuk memilih kerajaan sendiri. Kalau ada sesiapa yang cuba membeli undi kita, ingatlah harga undi itu tidak dapat ditentukan nilainya kerana melalui undi itulah, yang boleh menyelamatkan diri, bangsa dan agama kita," katanya.

Rakyat sendiri pada akhirnya akan menjadi mangsa jika memberi undi mereka kepada calon yang menggunakan wang bagi meraih kemenangan kerana individu berkenaan bukan daripada kalangan yang boleh dipercayai. Calon yang bersikap sedemikian tentulah daripada kalangan mereka yang tidak disukai ramai disebabkan malas bekerja atau tidak melayani keperluan rakyat sehingga sanggup menyogok wang bagi membeli undi.

"Orang yang macam ini kalau kita sokong, kitalah yang akan menjadi mangsa kerana mereka ini bukan manusia yang boleh dipercayai. Kalau dia sogok wang kepada kita, mungkin dia juga terima wang daripada orang lain. Oleh itu kita dapati wakil kita tidak bebas, sebaliknya dikuasai oleh orang-orang yang memberi wang kepadanya," ujar beliau.

Rakyat negara ini agar mensyukuri nikmat kedamaian dan keamanan yang dikecapi sejak 50 tahun lalu menerusi sistem demokrasi yang diamalkan pentadbiran kerajaan.

Meskipun rakyat hidup dalam suasana berbilang kaum, tiada ketakutan dirasai kerana mereka mengetahui hidup di dalam sebuah negara yang aman. Penduduk harus berusaha mengekalkan keadaan tersebut dengan mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi itu.

Wednesday, September 17, 2008

TIMBALAN MENTERI DAKWA CUBA DISOGOK SERTAI PEMBANGKANG:

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek berkata beliau pernah ditawarkan wang dan jawatan sekiranya meninggalkan Umno bagi menyertai pembangkang.

Komen Datuk Hasan Malek: "Bagi saya, jawatan bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli dengan sewenang-wenangnya. Saya akan tetap setia bersama Umno."

Malah, kata Ahli Parlimen Kuala Pilah itu, beliau masih dipujuk walaupun tawaran itu ditolaknya kerana beliau mempunyai maruah. Beliau berkata individu terbabit beranggapan bahawa orang Umno mudah dibeli.

Tuesday, September 16, 2008

Apa tindakan Anwar seterusnya?

Apa perlunya Anwar nak berunding dengan Pak Lah, demi peralihan kuasa dan kerajaan yang lebih tersusun dan aman. Apa sebenarnya niat Anwar dalam rundingan tersebut, apa perlunya rundingan.

Ini yang aku musykilkan sangat, sebelum ini riuh senegara 16 September akan menyaksikan peralihan kuasa dari BN kepada Pakatan Rakyat, malah ramai yang dah mula berangan nak jadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi Bank atau mana-mana GLC, malah tak heran gak, ada yang dah berangan nak jadi Ketua Kampung, di peringkat paling kecillah.

Namun aku melihat tiada keperluan untuk Pak Lah berunding dengan Penasihat PKR itu dalam usaha pejuang sandiwara tersebut untuk menubuhkan kerajaan baru.

Ini semua langkah terdesak Anwar untuk menutup pekung didada, yang sebelum ini terlalu gah melaungkan ke seluruh negara pembentukan kerajaan baru pada 16 September ini.

Hasrat DSAI untuk berunding dalam tempoh dua minggu ini juga dilihat sebagai satu ugutan kepada PM, kononya bagi memastikan peralihan kuasa kerajaan berlaku secara aman.

Aku tak heran tapi aku sebagai insan yang kerdil ini ingin mencadangkan agar Anwar meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya penyokong-penyokong setianya yang terlalu berharap kepada penubuhan kerajaan fantasi Anwar Ibrahim, di atas sandiwaranya selama ini.

Terimalah hakikat bahawa rakyat Malaysia sudah membuat pilihan untuk memberikan peluang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir kerajaan Malaysia.

Thursday, September 11, 2008

KONTRAK SOSIAL

Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.

“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.”


Terjemahannya :
Dalam ucapannya bertajuk “Menjawab Kritikan Mengenai keistimewaan Orang Melayu”, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata; Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang Negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekaligus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.



Ucapan YB Tun Tan Sambathan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.


Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then wen ontained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent the had the 88 percent of the electorate still with them. What did they do with the citizenship?

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcome in Ceylon, is not welcome in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcome in Thailand, In Vietnam, In Cambodia, In all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malayawhat happened? Here, we found that the Malay leadership said, “We shall take them into ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualification, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens…

As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where alse in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguard us? I am 10 percent majority race here. But I am happy here”.


Terjemahannya:
Pada 01 Jun 1965, Tun Sambathan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapannya berkata,

“Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majority yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewargenagaraan?

Jika kita lihat di Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan kita lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, kembola, dan di Negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewargenagaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan juga anda tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di Negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain daripada Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minority di sini. Tetapi saya amat gembira di sini”.

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60.

Saturday, August 30, 2008

HIMPUNAN PELAJAR MELAYU MERDEKA- Pembentangan Dato' Halim Sidek

Berikut adalah pembentangan Kertas Kerja oleh Datuk Abdul Halim Sidek, Pensyarah Undang-Undang UiTM pada program Himpunan Pelajar Melayu Merdeka anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung pada 14 Ogos 2008, di Dewan Bestari, Intekma Resort & Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam.








Tuesday, August 12, 2008

Isu Buka Kouta UiTM Kepada Bukan Melayu: Khalid hina UiTM, orang Melayu

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera. Beliau menyifatkan saranan tersebut sebagai populis dan bertujuan memancing sokongan bukan Melayu, beliau berkata, cadangan berkenaan juga satu penghinaan kepada orang Melayu, bumiputera dan institusi pengajian itu sendiri.

“Dia bercakap soal kecemerlangan dan persaingan. Apakah persaingan antara pelajar UiTM sedia ada tidak cukup sengit? Apakah orang Melayu tidak boleh bersaing sesama dengan Melayu. Kena masuk orang Cina, baru Melayu tahu hendak bersaing. Saya juga tidak percaya hanya kerana UiTM menghimpunkan pelajar Melayu dan bumiputera, ia membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Kalau dia kata hendak melahirkan perpaduan dengan bercampur orang India dan Cina, mengapa bermula di sini, di UiTM? Dia sepatutnya mencadangkan hanya ada satu sekolah (untuk menggalakkan perpaduan). Dan ia mesti bermula di peringkat sekolah rendah,” .

Semalam, Abdul Khalid mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing. Menurutnya, pelaksanaan cadangan itu akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Khaled menegaskan, cadangan Abdul Khalid itu hanya satu politik murahan yang sanggup menggadai perkara yang diwujudkan untuk memelihara kedudukan dan kepentingan Melayu serta bumiputera. Dalam aspek ini, beliau memberi jaminan kerajaan akan terus melindungi hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesekali tunduk kepada desakan populis itu.

“Jadi, saya memberi jaminan kepada semua pejuang yang telah mewujudkan UiTM bahawa selagi saya menjadi Menteri, kedudukan UiTM akan kekal,” katanya.

Khaled berkata, cadangan membuka kuota pengambilan itu bukan sahaja tidak wajar malah tidak munasabah untuk dilakukan jika kedudukan UiTM hari ini diambil kira.

“Kalau kita lihat statistik enam bulan selepas tamat pengajian untuk tiga tahun kebelakangan ini, seramai 81 peratus siswazah UiTM dapat pekerjaan. Ini adalah lebih baik daripada sesetengah universiti. Begitu juga purata siswazah yang belum dapat kerja selepas tiga bulan tamat belajar. Biasanya pada kadar 24.9 peratus tetapi hanya UiTM 19.1 peratus dan bilangan itu adalah antara yang terbaik sekali dalam institusi pengajian tinggi awam dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, kementerian mempunyai pelan jangka panjang di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk memastikan institusi itu terus meningkat kecemerlangannya. Menurut Khaled, UiTM adalah satu pendekatan kerajaan membina kekuatan orang Melayu dan bumiputera dengan meningkatkan kualiti pendidikan supaya mereka dapat bersaing dan tidak tercicir berbanding kaum lain. Hari ini, katanya, orang Melayu dan bumiputera masih belum berada pada kedudukan yang mampu menyaingi kaum lain.

“Tindakan membuka UiTM akan melambatkan lagi proses menyusun masyarakat, mengimbangi keciciran atau kekurangan di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Langkah ini tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.

Wednesday, August 6, 2008

Himpunan Pelajar Melayu Merdeka

Tempat : UiTM Shah Alam
Tarikh : 14 Ogos 2008
Masa : 9.45 am
Peramian : YB Datuk Seri Ahmad Zahid HamidMenteri Di Jabatan Perdana Menteri

Dimaklumkan bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, akan mengadakan Himpunan Pelajar Melayu Merdeka- Mengupas Kemelut Pelajar Melayu (Satu Pemerhatian GPMS). Program sehari ini bertujuan menghayati bulan kemerdekaan ini, secara khususnya akan mengupas apakah kemelut yang sedang dihadapi oleh pelajar Melayu pada masa kini dan apakah pula peranan anak Melayu yang lahir selepas merdeka untuk mempastikan kemerdekaan terus dikecapi dalam erti kata yang sebenarnya.

Program ini akan diadakan sempena Ulangtahun ke-60, penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Program ini akan dihadiri oleh ahli-ahli GPMS dari segenap peringkat, pemimpin mahasiswa, pegawai muda kerajaan, pemimpin NGO, pensyarah-pensyarah muda dan profesional muda ini.

Segala pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

MOHD FAIZAL @ Sahabat-Gunung : 019- 669 9506

Rashidi Ismail : 017- 202 5735


ATURCARA

8.00am : Pendaftaran

9.00am : Ucaptama dan Perasmian oleh
YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

10.45am : AMANAT 1
Tajuk : “MINDA MERDEKA: Di Mana Pelajar Melayu Hari ini”
Pembentang : Prof Madya Dr Azahari Ismail(Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan UPM)

11.45am : AMANAT 2
Tajuk : “Pembentukan Melayu Unggul: Apa masalah pelajar Melayu”
Pembentang : Dato’ Seri Ibrahim Abu Shah(Naib Canselor UiTM)

2.00 pm : AMANAT 3
Tajuk : “Merdeka: pengisian dan makna dalam konteks generasi muda”
Pembentang : Tan Sri Dr Nordin Kardi(Naib Canselor UUM)

03.00 pm : FORUM
Tajuk : “Pendidikan dan Pelajar Melayu:Cabaran GPMS menjelang tahun 2020”

Ahli Panel :
1) Prof Madya Datuk Abd Halim Sidek(Pensyarah Fakulti Undang-Undang UiTM):
2) Prof Datuk Ramlah Adam(Rektor Kolej Yayasan Melaka

5.00 pm : Penutup oleh Dato’ Reezal Merican Naina Merican, Presiden GPMS

Kerajaan Tiga Beranak

Apabila Ezam mengeluarkan kenyataan dalam akhbar harian Utusan Malaysia 27/06/08 bertajuk “Anwar amalkan nepotisme?” sudah pasti ada yang akan menafikannya, khususnya YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Isteri tercinta dan anak kesayangan yang menjadi wakil rakyat juga akan mencari jalan untuk mengalihkan cerita ini.

Kita juga akan mula mendengar penafian-penafian daripada rakan sekongkol DSAI daripada DAP dan PAS. Itupun kalau kerjasama dan ikatan mereka kuat. RPK yang sedang hangat dengan ’statutory declaration’ beliau terhadap isteri YAB Dato’ Seri Najib juga akan mengeluarkan artikel untuk menutup pendedahan terbaru Ezam ini dengan membuat liputan yang menghentam beliau.

Bukan sesuatu yang baru bagi DSAI jika ingin dikaitkan dengan nepostisme Sebagai seorang yang memperlihatkan diri sebagai penentang nepostisme melalui PKR (itupun lepas beliau dipenjarakan), beliau sebenarnya telah lama pun mengamalkan bukan sahaja nepotisme bahkan kronisme dan salahguna kuasa semasa menjadi TPM Malaysia. Tun Mahathir, orang yang dikatakan telah menganiayai DSAI, telahpun membongkarkan sifat kerakusan DSAI.

IOI adalah contoh terbaik dalam mana beliau telah memastikan bapa mertua kesayangan beliau dilantik sebagai salah seorang Pengarahnya. Selain itu, Sdr Rahim Ghouse yang mendapat projek bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang, kisah Real Mild sebuah syarikat RM2.00, pemberian ’pink form’ kepada kenalan dan sahabat rapat beliau dan banyak lagi.

Apa yang kita nantikan adalah ’Perdana Menteri Menanti’ ini akan benar-benar menjadi PM ke 6 pada bulan September ini. Sekiranya terjadi, maka orang yang kuat mengeluarkan artikel mengenai ’Kerajaan Tiga Beranak’, Sdr Sang Kelembai (Zaharain), akan mati akal kerana selama ini beliau hanya melihat perkara ini pada sudut keluarga Pak Lah sahaja.

Sebenarnya DAP telahpun mempunyai dua keluarga yang mengamalkan konsep ’Kerajaan Anak Beranak’ ini. Namun mereka buat bodoh sahaja kerana tiada seorangpun yang mendedahkan hal ini termasuklah Sang Kelembai.

Tumpuan hanyalah kepada kerajaan BN sahaja. Maka sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara, kita akan mempunyai ’Kerajaan Anak Beranak Melayu, Cina Dan Benggali’. Sesuatu yang menyeronokkan kerana belum pernah terjadi di mana-mana negarapun. Malaysia Boleh! Pakatan Pembangkang Boleh! Boleh masuk ’Guiness Book Of World Record’.

Beginilah sikap pejuang-pejuang rakyat dalam pakatan pembangkang. Mereka hanya mengambil kesempatan dalam usaha untuk mendapatkan kuasa bagi kepentingan politik mereka sahaja.

Laungan anti nepotisme, kronisme dan salahguna kuasa tidak pernah lekang dari bibir mereka. Namun hari ini kita dapati baru tiga bulan lebih memerintah, kepentingan rakyat dikesampingkan setelah mendapat sedikit kuasa. Apa akan jadi sekiranya ’Kerajaan Anak Beranak’ pakatan pembangkang ini mendapat kuasa pemerintahan negara?

Rakyat akan tertipu dan menjadi mangsa permainan politik mereka. Apa yang pasti, janji mereka akan bertindak adil dan mengamalkan konsep samarata sebenarnya permainan mulut dan janji politik sahaja. Orang Melayu dan kaum Bumiputera akan tertinggal lebih jauh.

Mereka hanya mahukan kesamarataan dalam kuasa politik namun mereka tidak sanggup untuk memberikan hak sama rata kepada kuasa ekonomi yang dimiliki mereka selama ini......

Monday, August 4, 2008

Anwar Ibrahim pejuang ISLAM yang sejati.....

Tiada siapa yang lebih hebat berjuang atas nama Islam. Hanya Anwar Ibrahim sahaja pejuang ISLAM yang sejati...

Thursday, July 31, 2008

Pertahan kedaulatan negara - Tuanku Mizan

Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta pasukan keselamatan negara untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang serta mempertahankan kedaulatan negara sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Baginda bertitah kecemerlangan dan pengorbanan perwira-perwira terdahulu dalam memastikan agama, bangsa dan negara serta kedaulatan negara dipertahankan, wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada pasukan keselamatan negara sekarang.

"Beta ingin mengingatkan, walaupun negara kita adalah sebuah negara yang sentiasa cintakan kedamaian dan kesejahteraan serta menjalin hubungan baik dengan semua negara, namun isu-isu keselamatan global dan serantau memerlukan pasukan keselamatan yang kuat dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman ke atas kedaulatan negara yang tercinta ini," titah baginda sempena Hari Pahlawan 2008 menerusi RTM1 malam ini.

Baginda juga meminta rakyat menghayati semangat taat setia tidak berbelah bahagi oleh pasukan keselamatan terdahulu apabila hasil perjuangan dan pengorbanan mereka menyebabkan negara aman dan sejahtera.

Titah baginda, sempena sambutan Hari Pahlawan yang akan disambut esok, rakyat perlu mempertingkatkan lagi semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan dan sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.

"Semua rakyat perlu mempunyai iltizam yang murni ini kerana tugas dan tanggungjawab memelihara kedaulatan negara bukan hanya terletak di bahu pasukan keselamatan semata-mata tetapi ia menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia," titahnya.

Baginda juga berharap pada masa yang sama kredibiliti dan profesionalisme pasukan keselamatan perlu ditingkatkan agar menjadi sebuah organisasi yang sentiasa digeruni, dikagumi dan disegani.

"Perkara ini telah terbukti di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa seperti yang telah dipamerkan oleh anggota-anggota pasukan keselamatan dalam melaksanakan tugas mereka di luar negara terutama dalam pasukan tugas pengaman antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Penugasan tugasan awam, di United Kingdom oleh Batalion Istiadat dari Tentera Darat Malaysia misalnya telah mempamerkan tahap disiplin dan profesionalisme yang tinggi di mata dunia," titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah secara langsung penugasan itu telah memperkenalkan negara ini ke mata dunia dan seterusnya menarik ramai pelancong dari luar negara. Selain itu baginda meminta rakyat Malaysia supaya tabah menghadapi kemelesetan ekonomi dunia yang berpunca daripada kenaikan harga bekalan makanan dan harga minyak global.

Baginda bertitah dalam menghadapi ekonomi dunia yang tidak begitu memberangsangkan itu, rakyat diminta bersama-sama berdoa semoga keadaan itu akan dapat diatasi dalam masa yang singkat.

"Beta berasa amat bersyukur kerana situasi di negara ini jauh lebih baik berbanding dengan negara-negara lain. Justeru, beta berharap keadaan ini tidak akan mencetuskan situasi yang menjadikan negara kita tidak stabil, kacau bilau serta huru-hara," titahnya.

Tuanku Mizan bertitah sempena Hari Pahlawan, berharap semua pihak di negara ini perlu mengenang dan menghargai jasa pahlawan negara terdiri daripada anggota tentera dan polis yang telah terkorban dan tercedera demi mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Nilai pergorbanan mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan serta kedaulatan negara amat tinggi dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Keberanian mereka dalam memerangi musuh dan menjaga keselamatan negara memang tiada tolok bandingnya dalam menentukan seluruh rakyat jelata dapat menikmati kehidupan yang aman dan makmur," katanya.

Titah baginda bagi menghargai mereka, pahlawan yang masih hidup termasuk balu dan keluarganya yang telah berkorban wajar diberikan sokongan dalam sebarang bentuk sekalipun.

Tuesday, July 15, 2008

Peranan Koperasi Dalam Merakyatkan Pemilikan Ekuiti

ISLAM MEMPERKASA BANGSA MELAYU

Seringkali kita mendengar orang berkata, Islam agama yang hebat dan membentuk penganuntnya menjadi insan yang bertamadun. Pernyataan tersebut deisertakan dengan kisah-kisah umat Islam yang berjaya dan gemilang sebagai sokongan. Dengan harapan umat Islam hari ini berbangga dengan agama mereka dan umat lain akan tertarik dengan agama yang agung ini.

Malangnya kenyataan diatas kelihatannya amat berbeza dengan realiti umat Islam hari ini. Sementara manusia pula secara majoritinya lebih terkesan dengan realiti yang disaksi berbanding dengan apa yang tertera dalam sejarah. Di Malaysia contohnya, sebut sahaja gejala sosial yang serius, orang Melayu yang mengakui dirinya Muslim akan mendahuluinya samaada dalam pengambilan dadah, mat rempit, vandalisma, keciciran dalam pendidikan, kemiskian dan sebagainya.

Persoalannya, adakah Islam yang diauniti itu punca kepada ini semua? Sudah pastilah sifat Islam sebagai agama wahyu yang maha benar dan sejarah islam yang gemilang menolak untuk dikaitkan dengan kemunduran dan kelemahan dengan agama yang agung itu. Akidah yang benar akan pasti mengingkari untuk Islam dipalitkan dengan kelemahan dan kemunduran. Jika demikian jawapannya, apakah punca yang memyebabkan bangsa Melayu mundur dan sering ketinnggalan?

Bangsa Melayu, sekalipun banyak kelebihan dari sudut budi dan bahasanya, namun dalam beberapa perkara lain seperti rajin bekerja, kuat belajar, bersaing secara positif, dan lain-lain yang ada dalam sejarah bangsa Melayu, tidak benar-benar berakar umbi sehingga sampai ke peringkat warisan budaya. Sedangkan bangsa lain seperti Cina dan barat, mereka yelah mewarisi budaya seperti kesungguhan bekerja, berniaga, tolong menolong dan sebagainya sejak zaman berzaman menerusi sejarah dan tamadun mereka.

Untuk mengatasi kelemahan ini, orang Melayu tidak mempunyai pilihan melainkan mengambil satu tamadun untuk dibudayakan secara zahir dan batin yang tidak mungkin dicabar iaitu Islam yang tulen. Islam yang tulen bermaksud melaksanakan sepenuhnya ajaran agama yang lengkap lagi sempurna berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud: "Wahai mereka yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan. Syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” (surah al-baqarah:208)

Malangnya generasi umat Islam masa kini mengamalkan Islam secara separuh-separuh dan memegangnya secara pinggiran atau tersasar dari panduannya. Maka mereka kehilangan tamdun Islam yang agung sekaligus warisan budaya yang mereka miliki dahulu.

As-syeikh Said Hawa dalam al-Asas fi al-Tafsir berkata. “Allah mewajidkan ke atas umat islam, perkara yang diwajibkan keatas umat terdahulu, menegakkan hukum-hakam al-kitab (alquran). Kita sudah menegakkan sebahagian daripadanya, namun pada masa yang sama kita pinggirkan sebahagian yang lain, lantas Allah swt menimpakan bala ke atas kita berbentuk kehinaan di dunia dan di akhirat nanti azabnya pasti lebih dasyat lagi.”

Sesuatu bangsa apabila hilang akar tamadunnya, maka lemahlah mereka serta mudahlah terdedah kepada pengaruh dan serangan luar. Itulah realiti bangsa kita pada hari ini. Bangsa kita sedang dihanyut dengan dunia khayalan yang digula-gulakan. Ditambah lagi, Islam yang diajar tidak lagi dalam bentuk yang difahami oleh generasi awal yang telah berjaya membina keagungan. Persoalan akidah tidak lagi menjadi teras dalam banyak keilmuan, sehinggakan perkara-perkara yang merosakan akidah ramai lagi yang tidak memahaminya.

Sebagai masyarakat pula mencanangkan islam dengan tafsiran yang mundur lagi tidak berasas. Golongan agamawan hanya diingati jika dikaitkan dengan ustaz, kopiah, kain pelikat, baju Melayu, datang lewat, tidak proaktif, muncul ketika orang nikah atau meninggal dunia dan lain-lain kefahaman yang sempit. Hinggakan sesetengah orang kehairanan jika seseorang ustaz atau ustazah tahu banyak perkara, perkembangan semasa atau perkembangan moden. Maka akhirnya kita kehilangan Islam, tiada juga pusaka nenek monyang Islam yang sepatutnya mengisi ruang tamadun kita. Ramailah pemuda-pemudi kita bangsa Melayu yang tiada cita-cita besar, tiada merasa ketinggian harga diri dan tiada tanggungjawabm akibat tiada jiwa agama.

Supaya dirahmati Allah swt, umat Islam wajib berusaha mendaulatkan Islam sebagaimana yang sudah ditegakkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam masyarakat majmuk di Madinah. Apabila umat Islam tidak memuliakan Islam, tidak ada sesiapapun akan memuliakan Islam. Berhubung dengan ini, Amirul Mukminin Umar al-Khattab pernah menyebut sesuatu yang perlu dijiwai oleh setiap orang Melayu muslim dan muslimah: “Allah SWT telah memuliakan kita dengan Islam. Andainya kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, Allah akan meinmpakan kehinaan ke atas kita”


Wallahua’lam


KHAIRUL ANWAR ABU MANSOR @ K.A 0616

Sedia bermuzakarah – Pak Lah

UMNO sedia bermuzakarah dengan Pas bagi mencari titik persefahaman antara kedua-dua parti itu demi kepentingan Islam dan orang Melayu di negara ini. Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, baginya langkah itu amat penting kerana ia boleh menyelesaikan banyak isu khususnya yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu. Beliau menegaskan, kedua-dua parti seharusnya mengelakkan sebarang perbalahan jika timbul isu dan masalah membabitkan kepentingan bersama.

"Saya terima baik hasrat Pas untuk berunding atau berbincang mengenai apa jua yang saya fikir perlu diwujudkan persefahaman antara kedua-dua parti ini. Langkah ini penting dan baik. Ada banyak isu tidak perlu kita berbalah terutama yang berhubung kait dengan Melayu dan Islam," katanya.

Abdullah sebelum itu ditanya mengenai kesediaan Pas untuk berunding dengan UMNO mengenai kepentingan Islam dan Melayu di negara ini. Perkara itu sebelum ini telah dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah minggu lalu.

Dalam wawancara itu, Abdul Hadi dengan nada tegas menyatakan, dalam menyampaikan mesej Islam, Pas berhak mengadakan rundingan dengan UMNO tanpa perlu merujuk dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataannya bulan lalu turut menyatakan kesediaan bermuzakarah dengan pemimpin utama Melayu terutamanya UMNO bagi membincangkan kepentingan masa depan umat Islam. Abdullah dalam perkembangan sama menjelaskan, jika UMNO dan Pas berjaya membentuk persefahaman, beliau yakin ia akan memberi banyak manfaat kepada Islam dan Melayu.

"Namun begitu, saya percaya setiap daripada kita memahami apa jua yang perlu kita lakukan untuk kebaikan dan perpaduan Melayu. Juga kita juga harus ambil kira wujudnya rakyat bukan Melayu di negara kita," katanya.

Ditanya sama ada telah wujud gerakan untuk mempertemukan kedua-dua parti itu, beliau berkata, semua pihak perlu bersabar dan berdoa supaya hasrat tersebut tercapai. Difahamkan, langkah Pas itu berikutan beberapa perkembangan politik yang berlaku terutama tindak-tanduk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sering membelakangi Pas dalam membuat keputusan.

Mahasiswa Timur Tengah sokong pertemuan UMNO-Pas

Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah menyokong cadangan pertemuan di antara pemimpin UMNO dan Pas demi kepentingan masyarakat Islam dan orang Melayu negara ini.

Yang Dipertuanya, Ismail Abdul Halim berkata, jika perbincangan yang akan diadakan itu tidak terhad dengan isu-isu politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga harus diberi peluang untuk mengambil bahagian.

''NGO Islam tidak harus diketepikan dalam soal ini kerana ada orang Melayu yang tidak menganggotai Pas, UMNO ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR). Biarpun tidak melibatkan diri dalam politik, NGO Islam yang ada tetap mengambil berat isu kepentingan orang Melayu dan agama Islam di negara ini,'' .

Ismail yang juga bekas Pengarah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang kesediaan UMNO untuk berunding dengan Pas demi kepentingan Islam dan orang Melayu.

Perdana Menteri menjelaskan, baginya langkah tersebut amat penting kerana ia boleh menyelesaikan banyak isu khususnya yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu.

Abdullah menegaskan, kedua-dua parti seharusnya mengelakkan sebarang perbalahan jika timbul isu dan masalah yang melibatkan kepentingan bersama.

Tuesday, July 8, 2008

AGONG DIMINTA CAMPUR TANGAN- Hak Bumiputera Semakin Terhakis

Berita dari Dewan Negara:

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin diminta campur tangan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera yang semakin berleluasa sekarang.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membuat saranan itu ekoran tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil kuota biasiswa pelajar-pelajar bumiputera untuk diberikan kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera.

Beliau memberitahu, di bawah skim biasiswa JPA yang baru, JPA telah memberikan 700 peruntukan biasiswa untuk pelajar bumiputera kepada pelajar bukan bumiputera.

“Biasiswa JPA kekal sebanyak 2,000 tawaran setahun dan tambahan untuk pelajar bukan bumiputera diambil daripada kuota pelajar bumiputera. Ini menjadikan nisbah pemberian biasiswa JPA itu kini adalah 50 peratus untuk bumiputera, 45 peratus untuk bukan bumiputera dan lima peratus lagi kepada lain-lain kaum,” katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menegaskan: “Perkara ini tidak boleh diterima memandangkan nisbah itu tidak adil kerana jumlah penduduk bumiputera di negara ini adalah 67 peratus dan nisbah tawaran biasiswa JPA dulu ialah 90 peratus bumiputera dan 10 peratus bukan bumiputera.”

Menurut Khairy, tindakan mengubah nisbah itu adalah satu langkah yang tidak bijak kerana sepatutnya jumlah tawaran biasiswa itu diperbesarkan agar hak bumiputera tidak diambil manakala penambahan tawaran biasiswa dapat diberikan kepada bukan bumiputera.

“Saya harap perkara ini tidak disalahfahamkan. Saya harap semua pelajar yang cemerlang diberi peluang tanpa mengira mereka pelajar bumiputera atau bukan bumiputera tetapi tambahan tawaran biasiswa itu tidak boleh diambil daripada kuota untuk pelajar bumiputera,” katanya.

Sementara itu, Razali Ibrahim (BN-Muar) ketika berucap membahaskan Kajian Separuh Penggal RMK-9 menggesa kerajaan melaksanakan satu dasar yang memperuntukkan cuti khas kepada rakyat beragama Islam yang ingin mengerjakan haji terutama bagi mereka yang pertama kali menunaikan ibadah itu.