Saturday, August 30, 2008

HIMPUNAN PELAJAR MELAYU MERDEKA- Pembentangan Dato' Halim Sidek

Berikut adalah pembentangan Kertas Kerja oleh Datuk Abdul Halim Sidek, Pensyarah Undang-Undang UiTM pada program Himpunan Pelajar Melayu Merdeka anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung pada 14 Ogos 2008, di Dewan Bestari, Intekma Resort & Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam.








Tuesday, August 12, 2008

Isu Buka Kouta UiTM Kepada Bukan Melayu: Khalid hina UiTM, orang Melayu

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera. Beliau menyifatkan saranan tersebut sebagai populis dan bertujuan memancing sokongan bukan Melayu, beliau berkata, cadangan berkenaan juga satu penghinaan kepada orang Melayu, bumiputera dan institusi pengajian itu sendiri.

“Dia bercakap soal kecemerlangan dan persaingan. Apakah persaingan antara pelajar UiTM sedia ada tidak cukup sengit? Apakah orang Melayu tidak boleh bersaing sesama dengan Melayu. Kena masuk orang Cina, baru Melayu tahu hendak bersaing. Saya juga tidak percaya hanya kerana UiTM menghimpunkan pelajar Melayu dan bumiputera, ia membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Kalau dia kata hendak melahirkan perpaduan dengan bercampur orang India dan Cina, mengapa bermula di sini, di UiTM? Dia sepatutnya mencadangkan hanya ada satu sekolah (untuk menggalakkan perpaduan). Dan ia mesti bermula di peringkat sekolah rendah,” .

Semalam, Abdul Khalid mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing. Menurutnya, pelaksanaan cadangan itu akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Khaled menegaskan, cadangan Abdul Khalid itu hanya satu politik murahan yang sanggup menggadai perkara yang diwujudkan untuk memelihara kedudukan dan kepentingan Melayu serta bumiputera. Dalam aspek ini, beliau memberi jaminan kerajaan akan terus melindungi hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesekali tunduk kepada desakan populis itu.

“Jadi, saya memberi jaminan kepada semua pejuang yang telah mewujudkan UiTM bahawa selagi saya menjadi Menteri, kedudukan UiTM akan kekal,” katanya.

Khaled berkata, cadangan membuka kuota pengambilan itu bukan sahaja tidak wajar malah tidak munasabah untuk dilakukan jika kedudukan UiTM hari ini diambil kira.

“Kalau kita lihat statistik enam bulan selepas tamat pengajian untuk tiga tahun kebelakangan ini, seramai 81 peratus siswazah UiTM dapat pekerjaan. Ini adalah lebih baik daripada sesetengah universiti. Begitu juga purata siswazah yang belum dapat kerja selepas tiga bulan tamat belajar. Biasanya pada kadar 24.9 peratus tetapi hanya UiTM 19.1 peratus dan bilangan itu adalah antara yang terbaik sekali dalam institusi pengajian tinggi awam dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, kementerian mempunyai pelan jangka panjang di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk memastikan institusi itu terus meningkat kecemerlangannya. Menurut Khaled, UiTM adalah satu pendekatan kerajaan membina kekuatan orang Melayu dan bumiputera dengan meningkatkan kualiti pendidikan supaya mereka dapat bersaing dan tidak tercicir berbanding kaum lain. Hari ini, katanya, orang Melayu dan bumiputera masih belum berada pada kedudukan yang mampu menyaingi kaum lain.

“Tindakan membuka UiTM akan melambatkan lagi proses menyusun masyarakat, mengimbangi keciciran atau kekurangan di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Langkah ini tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.

Wednesday, August 6, 2008

Himpunan Pelajar Melayu Merdeka

Tempat : UiTM Shah Alam
Tarikh : 14 Ogos 2008
Masa : 9.45 am
Peramian : YB Datuk Seri Ahmad Zahid HamidMenteri Di Jabatan Perdana Menteri

Dimaklumkan bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, akan mengadakan Himpunan Pelajar Melayu Merdeka- Mengupas Kemelut Pelajar Melayu (Satu Pemerhatian GPMS). Program sehari ini bertujuan menghayati bulan kemerdekaan ini, secara khususnya akan mengupas apakah kemelut yang sedang dihadapi oleh pelajar Melayu pada masa kini dan apakah pula peranan anak Melayu yang lahir selepas merdeka untuk mempastikan kemerdekaan terus dikecapi dalam erti kata yang sebenarnya.

Program ini akan diadakan sempena Ulangtahun ke-60, penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Program ini akan dihadiri oleh ahli-ahli GPMS dari segenap peringkat, pemimpin mahasiswa, pegawai muda kerajaan, pemimpin NGO, pensyarah-pensyarah muda dan profesional muda ini.

Segala pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

MOHD FAIZAL @ Sahabat-Gunung : 019- 669 9506

Rashidi Ismail : 017- 202 5735


ATURCARA

8.00am : Pendaftaran

9.00am : Ucaptama dan Perasmian oleh
YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

10.45am : AMANAT 1
Tajuk : “MINDA MERDEKA: Di Mana Pelajar Melayu Hari ini”
Pembentang : Prof Madya Dr Azahari Ismail(Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan UPM)

11.45am : AMANAT 2
Tajuk : “Pembentukan Melayu Unggul: Apa masalah pelajar Melayu”
Pembentang : Dato’ Seri Ibrahim Abu Shah(Naib Canselor UiTM)

2.00 pm : AMANAT 3
Tajuk : “Merdeka: pengisian dan makna dalam konteks generasi muda”
Pembentang : Tan Sri Dr Nordin Kardi(Naib Canselor UUM)

03.00 pm : FORUM
Tajuk : “Pendidikan dan Pelajar Melayu:Cabaran GPMS menjelang tahun 2020”

Ahli Panel :
1) Prof Madya Datuk Abd Halim Sidek(Pensyarah Fakulti Undang-Undang UiTM):
2) Prof Datuk Ramlah Adam(Rektor Kolej Yayasan Melaka

5.00 pm : Penutup oleh Dato’ Reezal Merican Naina Merican, Presiden GPMS

Kerajaan Tiga Beranak

Apabila Ezam mengeluarkan kenyataan dalam akhbar harian Utusan Malaysia 27/06/08 bertajuk “Anwar amalkan nepotisme?” sudah pasti ada yang akan menafikannya, khususnya YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Isteri tercinta dan anak kesayangan yang menjadi wakil rakyat juga akan mencari jalan untuk mengalihkan cerita ini.

Kita juga akan mula mendengar penafian-penafian daripada rakan sekongkol DSAI daripada DAP dan PAS. Itupun kalau kerjasama dan ikatan mereka kuat. RPK yang sedang hangat dengan ’statutory declaration’ beliau terhadap isteri YAB Dato’ Seri Najib juga akan mengeluarkan artikel untuk menutup pendedahan terbaru Ezam ini dengan membuat liputan yang menghentam beliau.

Bukan sesuatu yang baru bagi DSAI jika ingin dikaitkan dengan nepostisme Sebagai seorang yang memperlihatkan diri sebagai penentang nepostisme melalui PKR (itupun lepas beliau dipenjarakan), beliau sebenarnya telah lama pun mengamalkan bukan sahaja nepotisme bahkan kronisme dan salahguna kuasa semasa menjadi TPM Malaysia. Tun Mahathir, orang yang dikatakan telah menganiayai DSAI, telahpun membongkarkan sifat kerakusan DSAI.

IOI adalah contoh terbaik dalam mana beliau telah memastikan bapa mertua kesayangan beliau dilantik sebagai salah seorang Pengarahnya. Selain itu, Sdr Rahim Ghouse yang mendapat projek bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang, kisah Real Mild sebuah syarikat RM2.00, pemberian ’pink form’ kepada kenalan dan sahabat rapat beliau dan banyak lagi.

Apa yang kita nantikan adalah ’Perdana Menteri Menanti’ ini akan benar-benar menjadi PM ke 6 pada bulan September ini. Sekiranya terjadi, maka orang yang kuat mengeluarkan artikel mengenai ’Kerajaan Tiga Beranak’, Sdr Sang Kelembai (Zaharain), akan mati akal kerana selama ini beliau hanya melihat perkara ini pada sudut keluarga Pak Lah sahaja.

Sebenarnya DAP telahpun mempunyai dua keluarga yang mengamalkan konsep ’Kerajaan Anak Beranak’ ini. Namun mereka buat bodoh sahaja kerana tiada seorangpun yang mendedahkan hal ini termasuklah Sang Kelembai.

Tumpuan hanyalah kepada kerajaan BN sahaja. Maka sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara, kita akan mempunyai ’Kerajaan Anak Beranak Melayu, Cina Dan Benggali’. Sesuatu yang menyeronokkan kerana belum pernah terjadi di mana-mana negarapun. Malaysia Boleh! Pakatan Pembangkang Boleh! Boleh masuk ’Guiness Book Of World Record’.

Beginilah sikap pejuang-pejuang rakyat dalam pakatan pembangkang. Mereka hanya mengambil kesempatan dalam usaha untuk mendapatkan kuasa bagi kepentingan politik mereka sahaja.

Laungan anti nepotisme, kronisme dan salahguna kuasa tidak pernah lekang dari bibir mereka. Namun hari ini kita dapati baru tiga bulan lebih memerintah, kepentingan rakyat dikesampingkan setelah mendapat sedikit kuasa. Apa akan jadi sekiranya ’Kerajaan Anak Beranak’ pakatan pembangkang ini mendapat kuasa pemerintahan negara?

Rakyat akan tertipu dan menjadi mangsa permainan politik mereka. Apa yang pasti, janji mereka akan bertindak adil dan mengamalkan konsep samarata sebenarnya permainan mulut dan janji politik sahaja. Orang Melayu dan kaum Bumiputera akan tertinggal lebih jauh.

Mereka hanya mahukan kesamarataan dalam kuasa politik namun mereka tidak sanggup untuk memberikan hak sama rata kepada kuasa ekonomi yang dimiliki mereka selama ini......

Monday, August 4, 2008

Anwar Ibrahim pejuang ISLAM yang sejati.....

Tiada siapa yang lebih hebat berjuang atas nama Islam. Hanya Anwar Ibrahim sahaja pejuang ISLAM yang sejati...