Tuesday, August 12, 2008

Isu Buka Kouta UiTM Kepada Bukan Melayu: Khalid hina UiTM, orang Melayu

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera. Beliau menyifatkan saranan tersebut sebagai populis dan bertujuan memancing sokongan bukan Melayu, beliau berkata, cadangan berkenaan juga satu penghinaan kepada orang Melayu, bumiputera dan institusi pengajian itu sendiri.

“Dia bercakap soal kecemerlangan dan persaingan. Apakah persaingan antara pelajar UiTM sedia ada tidak cukup sengit? Apakah orang Melayu tidak boleh bersaing sesama dengan Melayu. Kena masuk orang Cina, baru Melayu tahu hendak bersaing. Saya juga tidak percaya hanya kerana UiTM menghimpunkan pelajar Melayu dan bumiputera, ia membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Kalau dia kata hendak melahirkan perpaduan dengan bercampur orang India dan Cina, mengapa bermula di sini, di UiTM? Dia sepatutnya mencadangkan hanya ada satu sekolah (untuk menggalakkan perpaduan). Dan ia mesti bermula di peringkat sekolah rendah,” .

Semalam, Abdul Khalid mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing. Menurutnya, pelaksanaan cadangan itu akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Khaled menegaskan, cadangan Abdul Khalid itu hanya satu politik murahan yang sanggup menggadai perkara yang diwujudkan untuk memelihara kedudukan dan kepentingan Melayu serta bumiputera. Dalam aspek ini, beliau memberi jaminan kerajaan akan terus melindungi hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesekali tunduk kepada desakan populis itu.

“Jadi, saya memberi jaminan kepada semua pejuang yang telah mewujudkan UiTM bahawa selagi saya menjadi Menteri, kedudukan UiTM akan kekal,” katanya.

Khaled berkata, cadangan membuka kuota pengambilan itu bukan sahaja tidak wajar malah tidak munasabah untuk dilakukan jika kedudukan UiTM hari ini diambil kira.

“Kalau kita lihat statistik enam bulan selepas tamat pengajian untuk tiga tahun kebelakangan ini, seramai 81 peratus siswazah UiTM dapat pekerjaan. Ini adalah lebih baik daripada sesetengah universiti. Begitu juga purata siswazah yang belum dapat kerja selepas tiga bulan tamat belajar. Biasanya pada kadar 24.9 peratus tetapi hanya UiTM 19.1 peratus dan bilangan itu adalah antara yang terbaik sekali dalam institusi pengajian tinggi awam dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, kementerian mempunyai pelan jangka panjang di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk memastikan institusi itu terus meningkat kecemerlangannya. Menurut Khaled, UiTM adalah satu pendekatan kerajaan membina kekuatan orang Melayu dan bumiputera dengan meningkatkan kualiti pendidikan supaya mereka dapat bersaing dan tidak tercicir berbanding kaum lain. Hari ini, katanya, orang Melayu dan bumiputera masih belum berada pada kedudukan yang mampu menyaingi kaum lain.

“Tindakan membuka UiTM akan melambatkan lagi proses menyusun masyarakat, mengimbangi keciciran atau kekurangan di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Langkah ini tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.

3 comments:

dugong_darat@9w2DGG said...

Mungkin ader rationalnya kater MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tu... Dari sudut keterbukaan kerajaan dan ketelusan itu, memang harus UiTM lakukan aper yang disarankan....

Namun jika kita perhalusi the 'root' of uitm sendiri... anda akan faham kenapa cadangan ini jadi 'non sense'....

saya bekas pelajar itm dan uitm... dua zaman berbeza tapi perjuangannya tetap sama... Tun sendiri akui Melayu belum maju, kenapa nak tarik hak yang kita dan cipta untuk kita...

bukan nak menegangkan isu perkauman, tapi kita ada berpuluh universiti lai yang boleh bangsa lain masuk, kenapa UiTM nak di godam...

Nak jadi 'World Class University' kene wat camtu ker??? anda faham ker aper WCU tu... tahap pendidikan yang 'World Class', pelajar yang world class, bukan student campur-2 tu akan jadi world class university....

tgk sukan olimpik dah la... nak jadi atlit world class kene nak menang and compete kat world class event...making a world class event don't mean we have a world class atlit.... so???

bak kater nabil.... lu pikirla sendiri...

matloh said...

Saya sokong apa kata dugong darat dalam kita mencari world class kita perlu ingat untuk kehadapan kita mesti mencuba segalanya. Begitulah yang dilakukan oleh Khalid mungkin beliau telah mencuba resepi babi dan minuman arak yang dihidang oleh teresa kok sebab itu beliau selalu mempertikaikan kedudukan orang melayu itu lah pemimpin yang dicari

sesumpah@pokka.com said...

'Kebodohan disempurnakan'
Zulkifli Yahaya
Sun | Aug 31, 08 | 2:17:47 pm MYT

23 Ogos 2008. Sewaktu mengetuk keyboard ini, saya baru balik dari Permatang Pauh. Tiga hari berkampung di sana. Lagi dua hari nasib Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan 58,459 ribu pengundi.
Iklan




Media arus perdana, khususnya media elektronik, membelasah Anwar dan keadaan yang amat luarbiasa. Ramai yang tidak mengikuti perkembangan di Permatang Pauh secara langsung, yakni mereka tidak hadir ke sana menjadi panik.

"Camna Anwar, ada peluang lagi ke nak menang?" Itu antara SMS yang sering diterima.

Saya menjelaskan, persoalannya bukan Anwar menang atau kalah. Tapi isunya ialah majoriti Anwar bertambah atau berkurang?

Dua hari sebelum mengundi, saya mengetuk mata keyboard ini untuk merakamkan ayat, insya-Allah Anwar akan menang dengan majoriti lebih besar. Saya amat yakin! Selepas keputusan diumumkan nanti saya akan menyambung tulisan ini.

27 Ogos 2008. Kajian yang hampir tepat berhubung kecenderungan memilih ialah melakukankaji selidik terhadap sasaran sendiri. Saya meneliti kajian yang dibuat beberapa pihak sebelum hari mengundi. Sampel dipilih secara rawak.

Keputusan yang paling rendah terhadap peratusan pemilih memilih Anwar ialah 65 peratus dan yang paling tinggi ialah 80 peratus.

Kaji selidik itu dilakukan beberapa kumpulan berbeza. Dengan mengambil angka sokongan paling rendah (65 peratus), jumlah itu tetap meletakkan margin kemenangan Anwar lebih baik daripada majoriti perolehan Dato' Seri Wan Azizah dahulu. Itu sahaja rahsianya mengapa saya amat yakin Anwar akan meningkatkan majoriti.

Melihat sejenak keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh, jelas menampakkan BN tidak pernah belajar dari pengalaman.

Isu liwat adalah konspirasi yang pernah digunakan di zaman Tun Dr Mahathir untuk menjatuhkan Anwar. Terbukti isu tersebut bukan setakat tidak berkesan kerana majoriti rakyat terutama orang Melayu tidak mempercayainya, malahan ia menjadi isu yang menikam diri BN sendiri.

Rakyat marah, mengamuk dan menjatuhkan hukuman yang sangat berat kepada BN dalam pilihan raya umum 1999.

Apabila isu liwat hendak digunakan buat kali kedua untuk menjatuhkan Anwar, bagi BN ia cuma mengulangi kebodohan yang sama. Rakyat makin menyampah.

"Tak dak isu lain dah ka, liwat, liwat, liwat. Kami bukan nak dengag cerita liwat, kami nak tau apa kebajikan depa boleh bagi dekat rakyat," ujar seorang penduduk spontan sewaktu seorang penceramah BN sedang ghairah membelasah Anwar.

Menyusuri akar umbi di kampung-kampung, rata-rata yang ditemui tidak senang dengan isu liwat yang dijadikan modal utama BN untuk meraih undi.

Betul kajian Merdeka Center bahawa 53 peratus orang Melayu tidak percaya Anwar terbabit. Itu kajian sebelum Saiful Bukhari bersumpah.

Selepas bersumpah lain pula jadinya. Peratus orang Melayu yang tidak percaya Anwar terbabit meningkat, iaitu 57 peratus! Maknanya rakyat bertambah jijik melihat permainan BN.

Cara berfikir masyarakat kini sudah jauh berubah berbanding 20 tahun lalu. Mereka dapatmembezakan antara kebetulan atau perancangan. Takkan kebetulan namanya apabila Saiful Bukhari bersumpah sehari sebelum penamaan calon.

Di mana kebetulannya apabila dua exco kerajaan negeri Perak ditangkap dan didakwa BPR (dalam masa singkat) dalam tempoh pilihan raya berlangsung, sedangkan isu rasuah Musa Hassan dan Ghani Patail hingga kini belum selesai siasatannya.

Siapa mahu percaya cakap Pak Lah bahawa penurunan hanya minyak tiada kena mengena dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh. Begitu juga kehadiran Konsulat Mongolia Dato' Abdul Rahman Al-Habshee di kawasan pilihan raya.

Takkanlah dia hadir secara kebetulan untuk menjelaskan isu Atantuya yang terpalit ke muka Najib. Siapa pula mahu percaya bahawa seorang wartawan yang cedera ringan dibelasah, terlantar di katil hospital hampir 10 hari?

Isu sumpah laknat yang berlarutan sejak 10 hari, mengheret ulama-ulama tanahair dan luar negara dalam polemik, tiba-tiba mati begitu saja sebaik selesai pilihan raya.

Jika ia bukan untuk manipulasi pilihan raya mengapa tidak diteruskan? Apakah rakyat bodoh sangat untuk menilai segala perancangan BN?

Menghimpunkan semua peristiwa yang dianggap menguntungkan politik BN dalam waktu pilihan raya adalah modus operandi yang digunakan sejak hampir separuh abad. Mungkin mula-mula dulu ia boleh memberi kesan.

Lama-kelamaan ia cuma masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri rakyat. Tidak ubah seperti cerita kanak-kanak mengenai seorang pengembala yang berteriak kepada orang kampung bahawa kambingnya dibaham harimau Kali ketiga dia berteriak, tiada siapa mahu mempercayainya setelah dia menipu untuk kali pertama dan kedua.

BN jenuh berteriak bahawa Anwar meliwat, tali barut Amerika Syarikat, terima dana asing,sedia izinkan Amerika buka pengkalan tentera di Sabah, alat DAP, pengkhianat Melayu, gunarasuah untuk jatuhkan Ghafar Baba dulu, terima duit syarikat judi RM60 juta, gila nak jadi Perdana Menteri, mahu pijak kepala PAS dan macam-macam lagi. Tidak mudah lagi orang nak percayainya.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh ini memperlihatkan kepada kita bahawa BN, khususnya Umno menyempurnakan kebodohannya dalam pilihan raya.