Monday, June 9, 2008

Elaun keraian anggota kabinet dikurangkan 10 peratus

Elaun keraian melibatkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Mengumumkan langkah-langkah penjimatan yang akan menjimatkan RM2 bilion setahun, Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah lain dari semasa ke semasa dalam usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan berikutan kenaikan harga minyak.

Abdullah berkata penjimatan itu termasuk membekukan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri dan mengehadkannya kepada dalam negeri dan rantau Asean sahaja serta tidak melebihi seminggu.

Sebelum ini, kumpulan itu menikmati cuti dibayar oleh kerajaan ke mana-mana destinasi sekali setahun

2 comments:

cheguman said...

Tun Mahathir kata ada 4 kelompok dalam UMNO sekarang. Sebenarnya ada 8 iaitu:
1)
2)
3)
4)
5) Kelompok yang dah tak nampak jalan untuk pegang jawatan dalam UMNO.
6) Kelompok yang selalu ketinggalan keretapi: bila Tun Razak jadi PM dia sokong Tunku, Bila Tun Husein jadi PM dia sokong Tun Razak (walaupun masa tu Tun Razak dah tiada), Bila Tun DrM jadi PM dia sokong Tun Hussein dan Tunku, bila Paklah jadi PM dia sokong Tun DrM. Nanti bila Najib atau Mahyudin atau siapa saja jadi PM, dia akn sokong Paklah pulak.
7) Kelompok yang kalau dalam sebuah kapal dia bawak teropong sendiri. Bila dia nampak ada sesuatu yang membahayakan kapal, dia akan cepat-cepat terjun.
8) Kelompok ni korang pikir la sendiri. Dah malas nak layan diorang ni yang sebenarnya bukan ramai pun.

Kajian terbaru yang dibuat oleh satu badan profesional ke atas 2000 responden menunjukkan 80% daripadanya masih percaya bahawa kerajaan melakukan sesuatu yang betul dan perlu. (Saya rasa Blogger Black 40 pun tahu badan yang buat kajian tu. Cuma saya tak berani nak beritahu sebab tak pasti adakah ianya sudah boleh diumumkan).

anwar dot com said...

Salam



Betulkah Anwar Agent Amerika ?

http://www.youtube.com/watch?v=YDOTQX8Yw8s



Soalan untuk Anwar-Betulkah terima duit Yahudi?

http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w



Video 7-Siapa godfather Anwar ?

http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY



Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?

http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA





Sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/