Monday, June 2, 2008

BIASISWA: GPMS AKAN JUMPA NAZRI

GPMS akan mengadakan pertemuan dengan menteri di JPM, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung isu penambahan kuota biasiswa JPA kepada bukan bumiputera yang mencecah 45%.

Presiden GPMS, Dato’ Reezal berkata, GPMS komited untuk mendalami isu berkenaan dengan lebih bersungguh-sungguh sebelum memberikan pandangan balas dan cadangan yang lebih konstruktif.

”GPMS dihujani banyak panggilan dari seluruh negara yang inginkan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut. GPMS berharap kenyataan tersebut bukanlah dasar baru kerajaan. Tanpa mempunyai niat yang bersifat perkauman, keputusan tersebut wajar dinilai dan diteliti secara menyeluruh.”

Reezal berkata, GPMS berpegang kepada prinsip meritokrasi namun mengharapkan ia dilaksanakan dengan semangat dan mekanisme yang betul dan tepat.

Penganugerahan biasiswa perlu mengambil kira bukan sahaja soal ’merit pencapaian’ tetapi juga persoalan ’merit sosioekonomi’. Langkah itu juga adalah penting agar ruang untuk memperoleh pendidikan yang lebih tinggi dapat menjurus kepada kumpulan yang tepat dalam masyarakat Malaysia.

1 comment:

mrf said...

memberi biasiswa kepada bukan melayu sehingga 45% mungkin untuk menarik minat bukan melayu kembali kepada BN.. tapi tentu ada cara lain selain memberi keistimewaan biasiswa..lebih baik tumpuan umno menarik kembali mina kaum melayu untuk kembali bersama umno.
bukan melayu ini sebenarnya kaya,banyak duit..kita tolong cina dan india pon belum tentu esok lusa mereka kenang jasa..sebab apa?sbb kita terlalu berlembut dengan mereka..mereka mintak,kita bagi..esok kita juga yg kene pijak kepala..
bukan niat aku nak sentuh isu kaum..tapi itu lah hakikat yang berlaku..kita bertoleransi dan berlembut..tapi apa yang kita dapat?? ingatlah pepatah..org cina takkan pergi kedai melayu melainkan dah takde pilihan..mereka akan pergi kedai bangsa mereka juga. membayar wang kepada org melayu umpama satu kerugian besar!!
cina dan india lah yang bersifat perkauman sebenarnya..mereka tak puas hati dengan apa yang kita miliki..siapa mereka untuk tak puas hati dengan kita??kita sahaja yang terus mengalah..terus nak menjaga hati mereka..tapi siapa pula yang mahu menjaga hati kita orang2 melayu???