Monday, April 21, 2008

Hashim Suboh realistik- `UMNO perlu kembali jadi parti kampung’

Akhirnya, dah hampir sebulan kita sibuk menganalisis keputusan PRU12 dan bermacam-macam andaian dan tuduhan demi tuduhan yang kita buat untuk meletakkan kesalahan-kesalahan yang menyebabkan UMNO dan BN kalah dalam PRU lalu, hari ini baru aku puas hati dengan satu kenyataan mengapa BN dan UMNO kalah dlm PRU lalu.

Aku suka dengan Hashim Suboh, Timbalan ketua UMNO Kangar yang telah meminta agar UMNO perlu mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.

Inilah hakikat sebenarnya namun dalam masa yang sama, faktor-faktor lain tu juga tidak harus diabaikan.

Pemimpin UMNO perlu menghayati semula semangat keperwiraan iaitu dengan lantang dan bersungguh-sungguh dalam mendekati serta menyelesaikan setiap masalah rakyat agar mereka menjadi pemimpin yang lebih dihormati. Memang sudah ada kecenderungan dalam kalangan rakyat yang mengaitkan UMNO dengan tempat meraih kuasa dan kekayaan, sehingga parti itu semakin jauh daripada masyarakat.

Ini realiti yang perlu kita akui, sudah ada persepsi-persepsi begini yang mengaitkan UMNO dengan kemegahan, keangkuhan dan kekayaan. Ini bukan imej UMNO yang sebenar. Dalam keadaan kita gah tampil dengan gaya mewah, masalah dan rintihan orang di bawah pula tidak selesai-selesai.

Semua ini rakyat lihat dan menilai, inilah yang akan buat orang berjauh hati dengan UMNO. 'parti kampung' bukan bermaksud UMNO perlu mundur semula ke belakang tetapi mengukuhkan pendekatan yang lebih mesra rakyat dengan sering turun padang dalam menyelami masalah masyarakat.

Para pemimpin juga, katanya, hendaklah merapatkan jurang antara mereka dengan orang bawahan dan sentiasa bersedia untuk meluangkan masa bertemu dengan rakyat.

Janganlah ada orang kata hendak jumpa pemimpin pun susah, selalu sangat sibuk, pemimpin kena sedar bahawa mereka adalah tempat rakyat untuk mengadu dan bergantung harap, jadi (hubungan) itu perlu dijaga.

3 comments:

spongegoat said...

aku pun tersangatlan setuju dgn statement pemimpin UMNO Kangar tu...

kebanyakan pemimpin2 umno slps PRU 2004, masing2 gayanya mcm nak menongkah ke langit tp skrg ni bila result cukup2 mkn (mcm peksa time study lak) mula masing2 menunduk, mula nampak rakyat akar umbi yg selama ini mengayakan diorg.

jgn salah menyalah itu yg penting, muhasabah diri, eratkan kembali hubungan dgn rakyat, dan jangan sombong, bila jumpa dgn rakyat, senyum pastu hulur tgn dulu, jgn nak tunggu org hulur tgn...

Rina Mohd Harun said...

Sedikit sebanyak, keputusan PRU12 telah membuka mata ramai pemimpin kita. Tetapi berapa ramai kah yang benar-benar sedar dan mahu memperbaiki diri? Terus terang saya katakan, bahawa saya risau pemilihan UMNO diadakan pada bulan Disember. Pandangan peribadi, kalau pemilihan hendak dibuat, ia harus disegerakan. 8 bulan mereka akan sebuk dengan pemilihan parti. Akhirnya, rakyat yang mengigit jari.

sahabat gunung said...

11 Mei hari UMNO tapi jangan lupa tarikh 4 dan 15 Februari 1988


Hakikatnya, UMNO memang ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Tarikh keramat itu harus diinggati oleh setiap ahli-ahli UMNO. Tetapi berapa ramaikah ahli UMNO yang melihat 11 Mei sebagai hari kita sebagai ahli UMNO. Malah tidak keterlaluan sekiranya aku katakan hanya 20% sahaja ahli UMNO yang mengerti tarikh keramat tersebut, itupun di kalangan `ahli-ahli veteran UMNO’ sahaja. Buat generasi muda, kalau tak diinggatkan pada setiap tahun, jangan harap mereka mereka akan sedar betapa besar ertinya 11 Mei 1946.

Tapi sebagai ahli UMNO, kita juga jangan lupakan tarikh 4 dan 15 Februari 1988. Pada 4 Februari, UMNO dikatakan `mati’. Namun ia merupakan sejarah yang amat luas tafsirannya dan implikasinya.

UMNO ’mati’ akibat pertembungan Tengku Razaleigh yang menentang Dr Mahathir Mohamad sejak April 1987, bermodalkan apa yang didakwanya sebagai ’kemungkaran politik dan ekonomi’.