Wednesday, April 30, 2008

BILA SYED ALI NAIK ANGIN- JAWATAN TAK PENTING, PARTI YANG PERLU DIPERTAHANKAN

Apa dah jadi?…. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Cheras berkuat kuasa serta-merta. Bagaimanapun, Syed Ali tidak melepaskan jawatan sebagai Ketua UMNO bahagian itu.

Peletakan jawatan tersebut diumumkan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Mahadi Abdul Shukor dalam sidang akhbar yang turut dihadiri semua pemimpin kanan bahagian itu. Syed Ali, memegang jawatan tersebut selama 10 tahun. Beliau tidak hadir pada sidang akhbar itu. Mahadi menjelaskan, tindakan Syed Ali itu dilakukan atas rasa tanggungjawabnya terhadap kekalahan teruk di Parlimen Cheras pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Peletakan jawatan Syed Ali mendapat persetujuan UMNO Cheras termasuk peringkat akar umbi. UMNO Cheras sentiasa memberikan pandangan dan pendapat terhadap perkara-perkara yang perlu dikaji oleh peringkat atasan. Sehubungan itu, saya cabar 10 daripada 13 Ketua UMNO Bahagian di Wilayah Persekutuan untuk bertindak seperti UMNO Cheras bagi menyatakan pandangan mereka terhadap kami. Saya juga cabar Pengerusi BN Wilayah Persekutuan untuk bertindak seperti Syed Ali yang melepaskan jawatan kerana atas rasa tanggungjawab terhadap parti”.

Menurut Mahadi, peletakan jawatan itu akan dimaklumkan kepada Pengerusi BN Cheras, Tan Sri Yee Hock Seng menerusi sepucuk surat, esok.

Ahad lalu, Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) UMNO Bahagian Cheras mendesak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique melepaskan jawatan Ketua Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN Wilayah Persekutuan. UMNO bahagian itu turut mahukan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ahli Parlimen Putrajaya memegang kedua-dua jawatan tersebut.

Bagaimanapun, Zulhasnan dalam reaksinya mengenai perkara itu berkata, beliau tidak memandang serius gesaan itu kerana hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang berhak membuat keputusan mengenai jawatan itu dan bukannya pihak lain.

Mahadi berkata, gesaan meminta Zulhasnan untuk meletakkan jawatan dibuat kerana UMNO Cheras kecewa dengan sikap beliau yang tidak serius memantau kerja-kerja parti dalam Parlimen Cheras.

Beliau menjelaskan, tindakan UMNO Cheras itu bukan kerana ingin melawan arus tetapi berharap pemimpin dapat mengambil tindakan daripada apa yang terjadi selepas pilihan raya baru-baru ini.

2 comments:

jetiDenzal said...

Syed Ali patut letak jawatan ketua umno Cheras. Dia yang jadi batu api cucuk wanita umno gaduh.Sebab dia tak buat kerja, asyik dengan benda remeh, sampai UMNO kawasan dia kalah. Apa hal? Sekarang Syed Ali macam semua pemimpin UMNO, yng penakut - sbnrnya takut hilang pengaruh. Sebab tu salahkan Perdana Menteri. Hari hari dorg ni dok suruh Perdana Menteri letak jawatn. Tolong la...kalau tak prcaya dengan pemimpin, kenapa anda sendiri tak letak jwatan?! Sebab tamak dan masih nak jg kedudukan. Inilah contoh melayu UMNO bodoh sombong lupa daratan, jaga kepentingan diri sendiri sj dan asyik nak salahkan org lain. Sedangkan salah sendiri sj buat2 tak nampak. Tak ada prinsip. Oportunis macam anak Tun Mahahthr yang berlagak macam Perdana Menteri. Apa jasa dia? Semua mereka dah kaya raya, jutawan. Tentu dah lupa ramai lagi melayu miskin india dan cina miskin yang perlu bantuan. Biar perdana menteri jaga kepentingan kami. Syed Ali dan pemimpin lain yang masih tak sedar diri, dah kaya dan dah kenyang...tolong undur. Biar pemimpin baru masuk. Mungkin nasib kami lebih terbela...